Setiap dua huruf yang bertemu
sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi
kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan -
Mutaba'idan).
Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan)
kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang
perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada
Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
1-Mithlan :
Mithlan( المثلان ).
Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua
huruf Ta'( ت ).
1-a/Saghir :
Mithlan Saghir( المثلان الصغير ).
Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil)
kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris
menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari
kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan
Contohnya:( قَالُوا وَهُمْ )atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha'
saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika
(berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan
(dimasukkan) seperti(هَلَكَ
عَنِّي سُلْطَانِيَهْ).
1-b/Kabir :
Mithlan Kabir( المثلان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak
terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun.
Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat:( تَأْمَنَّا )di mana hukumnya mesti
diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke
hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan
kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris
asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah( تأمّنا )pada asalnya adalah( تأمننا )lalu Nun pertama dimasukkan ke
dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi( تامّنا ).
1-c/Mutlak :
Mithlan Mutlaq( المثلان المطلق ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir
(besar).
Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat.
2-Mutaqariban :
Mutaqariban( المتقاربان ).
Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau
sifat sahaja yang berdekatan.
2-a/ Saghir :
Mutaqariban Saghir( المتقاربان الصغير ).
Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia
dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf
keduanya berbaris hidup. Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut
pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf
Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli
Qiraat. Contohnya: (بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ)
(وَقُلْ رَبِّي) kecuali pada(بَلْ
رَانَ )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut
riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil
nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).
2-b/Kabir :
Mutaqariban Kabir( المتقاربان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia
banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati).
Hukumnya ialah wajib Izhar.
2-c/Mutlak :
Mutaqariban Mutlaq( المتقاربان المطلق ).
Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir
(besar).
Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan).
3-Mutajanisan :
Mutajanisan( المتجانسان ).
Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf
Dal dan Ta'( ت ).
3-a/Saghir :
Mutajanisan Saghir( المتجانسان الصغير ).
Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia
dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua
berbaris hidup. Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang
perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu: 1- Huruf Ba'( ب )selepasnya huruf Mim( م )
di dalam ayat(ارْكَبْ مَعَنَا).
2- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Dal( د )
contohnya(أَثْقَلَتْ دَعَوَا).
3- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Ta'( ط )
contohnya: (إِذْ هَمَّتْ
طَائِفَتَانِ).
4- Huruf Tha'( ث )selepasnya huruf Zal( ذ )
contohnya: (يَلْهَثْ ذَلِكَ ).
5- Huruf Dal( د )selepasnya huruf Ta'( ت )
contohnya: (وَمَهَّدْتُ ).
6- Huruf Zal( ذ )selepasnya huruf Dza( ظ )
contohnya : (
إِذْ ظَلَمْتُمْ)
manakala Huruf Ta'( ط )yang terdapat selepasnya huruf Ta'( ت )
contohnya(أَحَطتُ ),
hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat.
3-b/Kabir :
Mutajanisan Kabir( المتجانسان الكبير ).
Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di
dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari
yang berbaris Sukun (mati).
Hukumnya wajib Izhar.
3-c/Mutlak :
Mutajanisan Mutlaq( المتجانسان المطلق ).
Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir
(besar).
|
No comments:
Post a Comment