Qalqalah( القلقلة )Dari sudut bahasa: Bergerak-gerak dan gementar.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Bunyi lantunan yang kuat dari makhraj hasil
dari bacaan huruf yang bertanda Sukun di mana makhrajnya ditekan terlalu
kuat kemudian dilepaskan dalam waktu yang singkat sama ada huruf Sukun itu
asli atau mendatang.
1-Paling Rendah:
Lantunan yang paling rendah( أقل شدة ): Apabila huruf Qalqalah
terletak di pertengahan kalimah contohnya: Huruf Qaf di dalam kalimah(وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا).
2-Sederhana:
Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan( متوسط شدة ): Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah dan
huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid) contohnya: Huruf Ta'( ط )di dalam kalimah(وَاللَّهُ مِنْ وَرَائِهِمْ مُحِيطٌ)
3-Paling Tinggi:
Lantunan yang paling tinggi( أقصى شدة ): Apabila memberhentikan bacaan
pada huruf Qalqalah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid)
Contohnya: huruf Qaf di dalam
kalimah(قَالَ رَبِّ احْكُمْ
بِالْحَقِّ).
|
No comments:
Post a Comment