Apabila bertemu dua huruf Sukun
maka pada ketika itu perlu diselesaikan salah satu dari kedua-duanya
sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah Bahasa Arab, sama ada
membuang huruf pertama yang bersukun atau membariskannya. Perlu diberi
perhatian bahawa keadaan sebegini diharuskan ketika ingin menyambung bacaan
sahaja.
1-Menggugurkan huruf awal Sukun:
Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila
terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad. Ia dibuang pada
bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran
seperti:
(إِذَا الشَّمْسُ
كُوِّرَتْ).
Kadangkala huruf Mad dibuang
pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam
tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya
membuang huruf Ya' dari kalimah:( تُحْيِ )di dalam ayat al-Quran:
(رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى ).
2-Membariskan huruf awal Sukun:
Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan
huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris
hadapan.
2-a/Baris
Bawah :
Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan)
pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir
kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal
kalimah kedua.
Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah
dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya(قُلِ ادْعُوا اللَّهَ ) keadaan
demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.
Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal
selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan
syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja
contohnya Tanwin dalam kalimah(عَادًا )di dalam ayat(عَادًا الْأُولَى)dan Lam( الاسم )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia
terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam
dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
2-b/Baris
Atas :
Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari
bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu: Pertama: Nun di dalam
kalimah(مِنَ )jika terdapat selepasnya Hamzah
yang bersambung seperti:( وَأَنَا عَلَى ذَلِكُمْ مِنَ
الشَّاهِدِينَ).
Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat
Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ
الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ) .
2-c/Baris
Hadapan :
Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang
membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah: Pertama: Huruf Wau
yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah
Wasal contohnya(فَتَمَنَّوُا
الْمَوْتَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ).
Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat
selepasnya Hamzah Wasal contohnya:
(وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ).
|
No comments:
Post a Comment