Jenis Waqaf
|
|
|
Waqaf( وقف ).
Dari sudut bahasa: Berhenti / menahan. Dari sudut istilah tajwid: Menghentikan seketika bacaan secara memutuskan suaradi akhir perkataan untuk bernafas dengan niat ingin menyambungkan kembalibacaan. 1-Waqaf Lazim : Waqaf Lazim(الوقف اللازم )/ Waqaf Tam(الوقف التام ).Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang sempurna maknanya serta lafaz(dari segi i'rab) dan maksudnya tidak tergantung dengan kata-kata berikutnya.Waqaf ini bertanda:( م ) 2-Waqaf Jaiz : Waqaf Ja'iz (Berhenti Harus) الوقف الجائز . Bacaan diharuskanberhenti atau sambung. Kedudukan hukum bahagian ini kadangkala sama(berhenti atau sambung), kadangkala sambung lebih baik dari berhenti dankadangkala berhenti lebih baik dari sambung (iaitu menghentikan bacaan padarangkai kata yang tidak merosakkan maknanya). 2-a/Waqaf Kafi: Waqaf Kafi(الوقف الكافي ). Bacaan harus diberhentikan ataudisambung malah berhenti lebih baik dari sambung. Ia dinamakan demikiankerana lafaznya sempurna dan tidak bergantung dengan lafaz selepasnya.Tandanya( قلي ). 2-b/Waqaf Tasawi: Waqaf Tasawi(وقف التساوي ). Kedudukan hukum bacaantersebut ketika berhenti dan sambung adalah sama. Tandanya:( ج ). 2-c/Waqaf Hasan: Waqaf Hasan(الوقف الحسن ). Bacaan yang diharuskan berhentiatau sambung malah sambung adalah lebih baik dari berhenti. Ia dinamakandemikian kerana memberhentikan bacaan padanya adalah lebih baik. Tandanya(صلي ). 3-Waqaf Muraqabah: Waqaf Muraqabah (Berhenti Pemerhatian) وقف المراقبة . Iajuga dinamakan Waqaf Ta'anuq (Berhenti Berikat) iaitu memberhentikan bacaanpada salah satu dari dua tempat Waqaf yang berdekatan tanpa Waqaf padakedua-duanya. 4-Waqaf Mamnu' : Waqaf Mamnu' (Berhenti Tertegah) الوقف الممنوع .Menghentikan bacaan pada rangkai kata yang tidak sempurna maknanya keranamakna dan lafaznya masih tergantung dengan kata-kata yang berikutnya dan iaditegah berhenti. Tanda Waqaf tersebut ialah:( لا ). 5-Saktah Latifah : Saktah Latifah (Berhenti baik / Elok) السكتة اللطيفة .Menghentikan seketika bacaan tanpa bernafas sekadar dua harakat. Tandanyaialah:( س ). |
Wednesday, 26 February 2014
Jenis Waqaf
Labels:
Jenis Waqaf
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment