Nun Sukun (yang berbaris Sukun) النون الساكنة : Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut
huruf yang berada selepasnya. Nun Tanwin (yang berbaris dua) نون التنوين :
Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang
bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi
tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua
di hadapan( ٌ ),
baris dua di atas( ً )atau
baris dua di
bawah( ٍ ).
Nun Sukun( ْ )yang
lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid.
Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin,
kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan
Ikhfa' tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk
mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat
pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( من ),
ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun)
kerana sebutannya terlalu berat. Perlu diberi perhatian juga tentang hukum
yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan
baris atas ketika membaca secara sambung.
1-Iqlab:
Iqlab( الإقلاب ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah
Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim
lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta
dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau
Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
2:Idgham:
Idgham( الإدغام ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah
Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf
berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu
serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua
bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila
Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham
sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( يرملون ).
2-a/Bighunnah:
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)( بغنة إدغام).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو )iaitu
Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun
Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah
dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat
iaitu: (ن وَالْقَلَمِ وَمَا
يَسْطُرُونَ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal
kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
2-b/Bila Ghunnah:
Idgham Bila Ghunnah(إدغام بدون غنه )iaitu memasukkan tanpa dengung.
Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua
huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam
dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah
kecuali pada Nun(مَنْ رَاقٍ)kerana
di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia
tidak diidghamkan.
3-Izhar:
Izhar( الإظهار ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
keluarnya) tanpa dengung.
3-a/Halqi:
Izhar Halqi(الحلقي الإظهار).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar
dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( أ ),
Ha'( هـ ),
'Ain( ع ),
Ha'( ح ),
Ghain( غ )dan
Kha'( خ ).
3-b/Mutlak:
Izhar Mutlaq(المطلق الإظهار).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan
dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau
terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat
tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: (قِنْوَانٌ - صِنْوَانٌ - بُنْيَانٌ - الدُّنْيَا ).
Manakala(يس وَالْقُرْآنِ
الْحَكِيمِ), (ن وَالْقَلَمِ
وَمَا يَسْطُرُونَ)pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar
Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat
Hafs.
4-Ikhfa' Haqiqi:
Ikhfa'( الإخفاء ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca
huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan
sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk
menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak
selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa' terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair:
|
No comments:
Post a Comment