Mad( مد ).
Dari sudut bahasa: Lebih / Tambahan.
Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memanjangkan sebutan lebih dari dua harakat
ketika membaca huruf Mad (pemanjang) atau Lin yang bertemu dengan huruf
Hamzah atau baris Sukun.
Huruf Mad terdiri dari tiga huruf iaitu Alif( ا ), Wau( و )dan
Ya'( ي ).
Huruf Wau disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di hadapan dan huruf Ya'
pula disyaratkan huruf sebelumnya berbaris di bawah manakala huruf Alif
tidak baris lain yang berada sebelumnya selain baris di atas.
Huruf Ya' dan Wau apabila berbaris Sukun dan huruf sebelumnya berbaris di
atas, kedua-dua huruf tersebut tidak dinamakan huruf Mad tetapi ia
dinamakan Huruf Lin.
1-Mad Asli: Mad Tabi'i(الطبيعي المد)atau Mad
Asli(الأصلى المد). Mad yang
terdapat huruf hijaiah selain dari huruf Hamzah dan Sukun selepasnya dan ia
dinamakan Tabi'i ialah kerana pembaca yang memiliki sifat kejadian yang
sempurna tidak mengurangkan kadar Madnya iaitu dua harakat dan tidak pula
melebihi dari itu.
1-a/Ketika Berhenti dan Sambung: Apabila huruf Mad berada dalam keadaan
tetap, sambung dan berhenti, huruf tersebut dibaca secara Mad (panjang)
sama ada ketika sambung dan berhenti. Begitu juga sama ada ketika berada di
pertengahan kalimah seperti( مَالِكِ ) (يُوصِيكُمُ ) atau di akhir kalimah seperti(وَالشَّمْسِ
وَضُحَاهَا).. Di dalam bahagian ini disyaratkan
tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad.
1-b/Ketika Sambung: Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja
khususnya yang berkaitan dengan Mad Silah Kecil(مد
الصلة الصغرى)iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir
berbaris hadapan( ـهُ)dan huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir
berbaris bawah( ـهِ), begitu juga supaya huruf Ha' kinayah disambung dengan
huruf Wau atau Ya', huruf Mad disyaratkan mestilah terletak di antara dua
huruf yang berbaris hidup seperti kalimah(إِنَّهُ هُوَ) (بِهِ بَصِيرًا ).
Dalam keadaan ini huruf wau dan Ya' dibaca secara Mad sepanjang dua harakat
(dengan syarat tidak terdapat huruf Hamzah yang berasingan darinya di dalam
kalimah lain) dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti ia
tidak dibaca secara Mad.
1-c/Ketika Berhenti: Mad Asli atau Tabi'i dalam keadaan berhenti sahaja
akan dibaca secara panjang sekiranya huruf Mad tersebut tetap berada di
dalam keadaan berhenti bukan ketika sambung. Ia dibaca panjang pada
huruf-huruf Alif yang ditukar dari baris dua di atasnya (Tanwin)seperti(عَلِيمًا حَكِيمًا)dengan
memberhentikan bacaan pada huruf Alif(حَكِيمًا)dan disyaratkan supaya Alif ini
dibaca secara Mad tanpa menyambungnya dengan kalimah yang berada
selepasnya.
2-Mad Far'i: Mad Far'i(الفرعي المد)ialah Mad yang telah ditambah lebih panjang bacaannya dari
Mad Asli disebabkan terdapat Hamzah( ء )atau tanda Sukun( ْ )selepas huruf Mad.
2-a/Muttasil: Mad Muttasil iaitu berangkai( المتصل )ialah
Huruf Mad yang bertemu dengan huruf Hamzah dalam kalimah yang sama. Ia
dinamakan Mad Muttasil kerana huruf Mad bertemu dengan huruf Hamzah di
dalam satu kalimah. Mad Muttasil ialah Mad wajib dan kadar bacaannya adalah
empat harakat, lima harakat atau enam harakat ketika berhenti.
2-b/Munfasil: Mad Munfasil iaitu bercerai( المنفصل )ialah huruf Mad yang disusuli
oleh huruf Hamzah (secara berasingan) yang terdapat pada awal kalimah
berikutnya. Ia dinamakan Mad Munfasil ialah kerana huruf Mad terpisah dari
huruf Hamzah yang terletak di dalam kalimah yang lain.
Hukumnya: Harus membacanya secara pendek dengan kadar dua harakat, empat
harakat atau lima harakat mengikut bacaan riwayat Hafs.
Mad SilahKubra (iaitu huruf Wau kecil yang terdapat selepas Ha' Dhamir
berbaris hadapan( ـهُ )dan
huruf Ya' kecil terletak selepas huruf Ha' Dhamir berbaris bawah( ـهِ ))
juga termasuk di dalam hukum Mad Munfasil. Apabila terdapat huruf Hamzah
yang berada dalam keadaan berasingan di dalam kalimah berikutnya selepas
huruf Wau Silah dan Ya' Silah, hukumnya adalah mengikut hukum Mad Munfasil
jika dalam keadaan sambung tetapi jika dalam keadaan berhenti, ia tidak
boleh dibaca secara Mad.
2-c/Aridh Lissukun: Mad 'Aridh(للسكون العارض)ialah Mad
yang bertemu dengan huruf Lin Sukun Aridh (Sukun yang mendatang) kerana
ingin menghentikan bacaan. Ia dinamakan 'Aridh (mendatang) ialah kerana
huruf terakhir di dalam kalimah tersebut terpaksa dibaca dengan Sukun
kerana memberhentikan bacaan padanya, jika sekiranya bacaan disambung, ia
akan menjadi Mad Tabi'i.
Hukumnya: Harus membacanya dengan tiga bentuk bacaan: Membaca secara pendek
dengan kadar dua harakat, membaca secara pertengahan dengan kadar empat
harakat dan membacanya secara sempurna dengan kadar enam harakat seperti: (الْحَمْدُ
لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ).
Mad 'Aridh mengambil hukum Mad Lin iaitu memanjangkan bacaan Wau dan Ya'
Sukun dan terdapat huruf berbaris atas sebelum Wau dan Ya' ketika berhenti.
Ia dinamakan dengan nama tersebut ialah kerana sebutannya terlalu lembut
dan mudah seperti di dalam ayat(فَلْيَعْبُدُوا رَبَّ
هَذَا الْبَيْتِ). .
2-d/Badal: Mad Badal( البدل )ialah
huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak
terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad
Badal ialah kerana kebiasaannya huruf Mad ditukar dari huruf Hamzah kerana
asal Mad Badal ialah bertemu dua Hamzah di dalam satu kalimah di mana
Hamzah pertama berbaris hidup dan Hamzah kedua berbaris Sukun (mati).
Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah
pertama untuk meringankan bacaan. Jika huruf Hamzah pertama berbaris di
atas, huruf Hamzah kedua ditukar menjadi huruf Alif( ا)seperti:( آمَنُوا )kerana asalnya( ءأمنوا ). Jika huruf Hamzah pertama berbaris di bawah, huruf
Hamzah kedua ditukarkan menjadi huruf Ya'seperti:( إيمانا )kerana asalnya( إئمانا ).
Sekiranya huruf Hamzah pertama berbaris hadapan, huruf Hamzah kedua ditukar
menjadi huruf Wau( و )seperti: ( أُوتُوا ) kerana asalnya( أؤتوا ).
Hukumnya: Ia dibaca secara Mad dengan kadar dua harakat seperti Mad Tabi'i.
2-e/Lazim: Mad Lazim(اللازم المد)iaitu huruf
Mad yang disusuli dengan tanda Sukun asli tetap di dalam bacaan bersambung
atau berhenti sama ada di dalam satu kalimah atau harf (sendi nama). Ia
dinamakan Mad Lazim (Tetap) ialah kerana bacaannya mestilah dibaca dengan
enam harakat tanpa berubah, begitu juga kerana sebabnya iaitu Sukun ketika
bacaan sambung dan berhenti.
2-e-1/Mad Lazim Harfi Muthaqqal: Mad Lazim Harfi Muthaqqal(المد اللازم في الحرف المثقل )ialah huruf Mad yang disusuli dengan Sukun asli pada
salah satu huruf hijaiah dengan syarat ia bertasydid.
Ia dinamakan Harfi ialah kerana terdapat Sukun asli pada salah satu huruf
hijaiah yang berada selepas huruf Mad di permulaan surah. Ia dinamakan
Muthaqqal ialah kerana terlalu berat untuk menyebutnya disebabkan terdapat
Tasydid pada Sukunnya. Hukumnya adalah wajib dibaca secara Mad enam harakat
seperti huruf Lam di dalam kalimah(الم).
2-e-2/Mad Lazim Harfi Mukhaffaf: Mad Lazim Harfi Mukhaffaf(المد اللازم في الحرف المخفف ). Iaitu selepas huruf Mad terdapat Sukun asli pada
salah satu huruf hijaiah yang tidak bertasydid. Ia dinamakan Mukhaffaf
kerana sebutannya terlalu ringan disebabkan ia tidak bertasydid dan tidak
berdengung seperti huruf Mim di dalam( الم ).
Perhatian penting: Huruf hijaiah yang terletak di permulaan surah terdiri
dari empat belas huruf terkumpul di dalam bait syair(صله سحيرا من قطعك)dan ia terbahagi kepada empat
bahagian: Pertama: Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana terdapat
huruf Mad di pertengahannya. Ia terdiri dari tujuh huruf yang terkumpul di
dalam bait syair(كم عسل نقص)kecuali huruf 'Ain.
Bahagian ini dibaca enam harakat dengan sempurna. Kedua: Ejaannya terbentuk
dari tiga huruf di mana huruf Lin terdapat di pertengahannya iaitu huruf
'Ain. Huruf ini harus disempurnakan dengan bacaan enam harakat dan bacaan
pertengahan empat harakat.
Ketiga: Ejaannya terbentuk dari dua huruf di mana huruf keduanya ialah
huruf Mad dan huruf-hurufnya adalah sebanyak lima huruf yang terhimpun dalam bait syair(حي طهر ).
Bahagian ini dibaca secara Mad Tabi'i dengan kadar dua harakat. Keempat:
Ejaannya terbentuk dari tiga huruf di mana tidak terdapat satupun huruf Mad
di pertengahannya. Ia terdiri dari satu huruf iaitu Alif dan tidak terdapat
padanya huruf Mad.
2-e-3/Mad Lazim Kalimi Muthaqqal: Mad Lazim Kalimi Muthaqqal( المد اللازم الكلمي المثقل ). Iaitu selepas huruf Mad terdapat huruf bertasydid di
dalam satu kalimah, hukumnya ia dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan
Muthaqqal kerana berat atau susah untuk menyebutnya disebabkan terdapat
tasydid pada Sukunnya. Contohnya Alif di dalam kalimah(الضَّالِّينَ ), dari firman Allah s.w.t(غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا
الضَّالِّينَ)..
2-e-4/Mad Lazim Kalimi Mukhaffaf: Mad Lazim Kalimi Mukhaff(المد
اللازم الكلمي المخفف) . Iaitu
selepas huruf Mad terdapat huruf Sukun yang tidak bertasydid di dalam satu
kalimah. Hukumnya wajib dibaca dengan enam harakat. Ia dinamakan dengan
Kalimi kerana terdapat Sukun asli selepas huruf Mad di dalam satu kalimah.
Ia dinamakan Mukhaffaf kerana ringan atau mudah menyebutnya disebabkan
keadaannya yang tidak bertasydid dan tidak berdengung. Contohnya di dalam kalimah( أالآن )di
dalam dua tempat surah Yunus ayat lima puluh satu dan sembilan puluh satu malah tidak terdapat
di dalam al-Quran selain dari dua tempat tersebut.
|
No comments:
Post a Comment