| 
Setiap dua huruf yang bertemu
    sama ada dalam bentuk lafaz atau tulisan sahaja, kedua-duanya terbahagi
    kepada empat bahagian iaitu: (Mithlan - Mutaqariban - Mutajanisan -
    Mutaba'idan).
 Ulama Tajwid tidak menyebut hukum tentang Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan)
    kerana tujuan dari mempelajari ilmu ini ialah untuk mengetahui sesuatu yang
    perlu diidghamkan (dimasukkan) atau tidak dan hukum ini tidak terdapat pada
    Mutaba'idan (Dua Yang Berjauhan).
 
 1-Mithlan :
 Mithlan( المثلان ).
 Dua huruf yang sama makhraj dan sifatnya seperti dua huruf Ba' dan dua
    huruf Ta'( ت ).
 
 1-a/Saghir :
 Mithlan Saghir( المثلان الصغير ).
 Huruf awal Sukun dan huruf yang kedua berbaris. Ia dinamakan Saghir (kecil)
    kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf keduanya berbaris
    menyebabkan ia mudah dimasukkan (diidghamkan).
 
 Hukumnya: Wajib diidghamkan (dimasukkan) kecuali jika huruf awal dari
    kedua-duanya adalah huruf Mad. Dalam keadaan ini wajib diizharkan
 
Contohnya:( قَالُوا وَهُمْ )atau huruf awal dari kedua-duanya adalah huruf Ha'
    saktah. Dalam keadaan ini wajib diizharkan kerana mesti diam seketika
    (berhenti tanpa menyambung nafas) yang menegah dari diidghamkan
    (dimasukkan) seperti(هَلَكَ
    عَنِّي سُلْطَانِيَهْ).
 1-b/Kabir :
 Mithlan Kabir( المثلان الكبير ).
 Dua huruf yang berbaris. Ia dinamakan Kabir (besar) ialah kerana ia banyak
    terdapat di dalam al-Quran dan kerana baris lebih banyak dari Sukun.
 
 Hukumnya: Wajib diizharkan (dinyatakan) kecuali pada ayat:( تَأْمَنَّا )di mana hukumnya mesti
    diidghamkan (dimasukkan) berserta Isymam iaitu memuncungkan dua bibir ke
    hadapan ketika menyebut huruf Nun Sukun yang pertama dan mengidghamkan
    kepada Nun yang kedua Keadaan ini bertujuan ingin menunjukkan bahawa baris
    asal huruf Nun adalah baris hadapan kerana kalimah( تأمّنا )pada asalnya adalah( تأمننا )lalu Nun pertama dimasukkan ke
    dalam Nun kedua menyebabkan ia menjadi( تامّنا ).
 
 1-c/Mutlak :
 Mithlan Mutlaq( المثلان المطلق ).
 Huruf awal berbaris hidup dan huruf yang kedua berbaris Sukun (mati).
 Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) dan Kabir
    (besar).
 Hukumnya wajib diizharkan (dinyatakan) di sisi Ahli Qiraat.
 
 2-Mutaqariban :
 Mutaqariban( المتقاربان ).
 Dua huruf yang makhraj dan sifatnya berdekatan atau makhraj sahaja atau
    sifat sahaja yang berdekatan.
 
 2-a/ Saghir :
 Mutaqariban Saghir( المتقاربان الصغير ).
 Huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia
    dinamakan kecil kerana huruf awalnya berbaris Sukun (mati) dan huruf
    keduanya berbaris hidup. Hukumnya: Diizharkan (dinyatakan) mengikut
    pendapat Hafs dan ahli Qiraat selain daripadanya. Walau bagaimanapun huruf
    Lam dan Ra' wajib diidghamkan (dimasukkan) berdasarkan kata sepakat Ahli
 
 Qiraat. Contohnya: (بَلْ رَفَعَهُ اللَّهُ)
    (وَقُلْ رَبِّي) kecuali pada(بَلْ
    رَانَ )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana mengikut
    riwayat Hafs terdapat Saktah iaitu diam seketika (berhenti tanpa mengambil
    nafas) yang menghalang dari Idgham (dimasukkan).
 
 2-b/Kabir :
 Mutaqariban Kabir( المتقاربان الكبير ).
 Dua huruf yang berbaris dan ia dinamakan Kabir (besar) adalah disebabkan ia
    banyak didapati dan baris hidup lebih banyak dari baris Sukun (mati).
 Hukumnya ialah wajib Izhar.
 
 2-c/Mutlak :
 Mutaqariban Mutlaq( المتقاربان المطلق ).
 Huruf awal berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
 Ia dinamakan Mutlaq kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir
    (besar).
 Hukumnya wajib Izhar (dinyatakan).
 
 3-Mutajanisan :
 Mutajanisan( المتجانسان ).
 Dua huruf yang sama makhraj dan berlainan sifat kedua-duanya seperti huruf
    Dal dan Ta'( ت ).
 
 3-a/Saghir :
 Mutajanisan Saghir( المتجانسان الصغير ).
 Huruf pertama berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua berbaris hidup. Ia
    dinamakan kecil kerana huruf awal berbaris Sukun (mati) dan huruf kedua
    berbaris hidup. Hukumnya: Izhar (dinyatakan) kecuali pada enam tempat yang
    perlu diidghamkan (dimasukkan) iaitu: 1- Huruf Ba'( ب )selepasnya huruf Mim( م )
 
di dalam ayat(ارْكَبْ مَعَنَا).2- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Dal( د )
 
contohnya(أَثْقَلَتْ دَعَوَا). 
3- Huruf Ta'( ت )selepasnya huruf Ta'( ط )
 
contohnya: (إِذْ هَمَّتْ
    طَائِفَتَانِ). 
4- Huruf Tha'( ث )selepasnya huruf Zal( ذ ) 
contohnya: (يَلْهَثْ ذَلِكَ ).
 
 
 
5- Huruf Dal( د )selepasnya huruf Ta'( ت ) 
contohnya: (وَمَهَّدْتُ ).
 
 
 
6- Huruf Zal( ذ )selepasnya huruf Dza( ظ ) 
contohnya : (
    إِذْ ظَلَمْتُمْ) 
manakala Huruf Ta'( ط )yang terdapat selepasnya huruf Ta'( ت ) 
contohnya(أَحَطتُ ),
    hukumnya adalah Idgham Naqis dengan sepakat Ahli Qiraat. 
 3-b/Kabir :
 Mutajanisan Kabir( المتجانسان الكبير ).
 Dua huruf yang berbaris, ia dinamakan demikian kerana banyak didapati di
    dalam bacaan begitu juga kerana huruf yang berbaris hidup lebih banyak dari
    yang berbaris Sukun (mati).
 Hukumnya wajib Izhar.
 
 3-c/Mutlak :
 Mutajanisan Mutlaq( المتجانسان المطلق ).
 Huruf pertama berbaris hidup dan huruf kedua berbaris Sukun (mati).
 Ia dinamakan demikian kerana tidak terikat dengan Saghir (kecil) atau Kabir
    (besar).
 | 
No comments:
Post a Comment