| 
Apabila bertemu dua huruf Sukun
    maka pada ketika itu perlu diselesaikan salah satu dari kedua-duanya
    sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kaedah Bahasa Arab, sama ada
    membuang huruf pertama yang bersukun atau membariskannya. Perlu diberi
    perhatian bahawa keadaan sebegini diharuskan ketika ingin menyambung bacaan
    sahaja. 
 1-Menggugurkan huruf awal Sukun:
 Huruf Mad dibuang pada ketika ingin menyambung bacaan sahaja apabila
    terdapat huruf Hamzah yang bersambung selepas huruf Mad. Ia dibuang pada
    bacaan sahaja tidak pada tulisan kerana biasanya ia tercatat di dalam al-Quran
    seperti:
 
(إِذَا الشَّمْسُ
    كُوِّرَتْ). 
Kadangkala huruf Mad dibuang
    pada bacaan sambung dan berhenti kerana ianya tidak tercatat di dalam
    tulisan apabila terdapat selepasnya huruf Hamzah yang bersambung. Contohnya
    membuang huruf Ya' dari kalimah:( تُحْيِ )di dalam ayat al-Quran: 
(رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى ).
 2-Membariskan huruf awal Sukun:
 Untuk menyelesaikan pertemuan dua huruf yang bersukun, perlu dibariskan
    huruf Sukun yang pertama sama ada dengan baris atas, baris bawah atau baris
    hadapan.
 
 2-a/Baris
    Bawah :
 Huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah (untuk mengelakkan)
    pertemuan dua huruf Sukun jika sekiranya huruf Sukun pertama di akhir
    kalimah pertama dan huruf Sukun kedua ialah Hamzah Wasal, berada pada awal
    kalimah kedua.
 
 Di dalam keadaan ini huruf Sukun yang pertama dibariskan dengan baris bawah
    dan Hamzah Wasal digugurkan di dalam bacaan. Contohnya(قُلِ ادْعُوا اللَّهَ ) keadaan
    demikian bukanlah dalam bentuk huruf tersebut berbaris atas dan hadapan.
 
 Perhatian penting: Nun yang terbit dari Tanwin jika terdapat Hamzah Wasal
    selepas Nun Tanwin, Nun tersebut dibariskan dengan baris bawah dengan
    syarat huruf yang berbaris ini dibaca di dalam keadaan sambung sahaja
    contohnya Tanwin dalam kalimah(عَادًا )di dalam ayat(عَادًا الْأُولَى)dan Lam( الاسم )yang terdapat di dalam surah al-Hujurat kerana ia
    terletak antara dua huruf Hamzah yang bersambung, oleh sebab itu Huruf Lam
    dibariskan dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua Sukun.
 
 2-b/Baris
    Atas :
 Huruf Sukun pertama dibariskan dengan baris atas (untuk mengelak dari
    bertemu dua Sukun) di dalam dua keadaan iaitu: Pertama: Nun di dalam
    kalimah(مِنَ )jika terdapat selepasnya Hamzah
    yang bersambung seperti:( وَأَنَا عَلَى ذَلِكُمْ مِنَ
    الشَّاهِدِينَ).
 Kedua: Huruf Ya' (ganti nama kepada orang yang bercakap), apabila terdapat
    Hamzah yang bersambung selepasnya seperti:( اذْكُرُوا نِعْمَتِيَ
    الَّتِي أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ) .
 
 2-c/Baris
    Hadapan :
 Terdapat dua keadaan (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) yang
    membolehkan Sukun pertama dibariskan dengan Dhammah: Pertama: Huruf Wau
    yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat selepasnya Hamzah
    Wasal contohnya(فَتَمَنَّوُا
    الْمَوْتَ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ).
 Kedua: Huruf Mim yang menunjukkan kepada bilangan ramai apabila terdapat
    selepasnya Hamzah Wasal contohnya:
 
(وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ). | 
No comments:
Post a Comment