| 
Lam Sukun | 
    | 
    
 | 
    | 
 | 
    | 
Huruf-huruf Lam Sukun di dalam
    al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( لام التعريف )atau Lam( ال ), Lam Fi'li( لام الفعل )dan Lam Harfi( لام الحرف ). | 
    | 
 | 
    | 
1-Lam Ta'rif: | 
    | 
 | 
    | 
Lam( ال )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat
    bersama-sama dengan kata nama (isim).Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut
    boleh ditulis tanpanya seperti( الْأَرض )ataupun tidak boleh ditulis
    tanpanya seperti(الّذين )menyebabkan penambahan Alif
    Lam( ال )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan
    kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya.
    Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham
    (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( الذي)dan wajib dibaca secara Izhar jika
    terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah: ( والْيسع) dan (الْأن ).
 | 
    | 
 | 
    | 
1-a/Qamariyah: | 
    | 
 | 
    | 
Lam Qamariah( اللام القمرية )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam
    bait syair: (أبغ حجك وحف عقيمه).Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca
    secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj
    makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf
    tersebut.
 | 
    | 
 | 
    | 
2-Lam Fi'li: | 
    | 
 | 
    | 
Lam Sukun yang terletak pada
    kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi),
    sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam
    semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir
    ayat. | 
    | 
 | 
    | 
2-a/Idgham: | 
    | 
 | 
    | 
Idgham: Lam Fi'li dibaca secara
    Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam. | 
    | 
 | 
    | 
2-b/Izhar: | 
    | 
 | 
    | 
Izhar: Lam Fi'li dibaca secara
    Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf
    Ra' dan Lam. | 
    | 
 | 
    | 
3-Lam Harfi: | 
    | 
 | 
    | 
Lam Sukun yang berada di dalam
    sendi nama (harf) iaitu di dalam(هَلْ), (بَلْ)sahaja dan
    tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua
    kalimah tersebut. | 
    | 
 | 
    | 
3-a/Idgham: | 
    | 
 | 
    | 
Idgham: Lam Harfi dibaca secara
    Idgham apabila terdapat huruf Ra' atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( بل ران )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat
    hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang
    menghalang dari Idgham. | 
    | 
 | 
    | 
3-b/Izhar: | 
    | 
 | 
    | 
Izhar: Lam Harfi dibaca secara
    Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali
    huruf Ra' dan Lam. | 
    | 
 | 
 
No comments:
Post a Comment