Wednesday 26 February 2014

Nun dan Tanwin



Nun dan Tanwin



Nun Sukun (yang berbaris Sukun) النون الساكنة : Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut huruf yang berada selepasnya. Nun Tanwin (yang berbaris dua) نون التنوين : Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua di hadapan( ٌ ), baris dua di atas( ً )atau baris dua di 
bawah(
 ٍ ). 

Nun Sukun(
 ْ )yang lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid. Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin, kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan Ikhfa' tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( من ), ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun) kerana sebutannya terlalu berat. Perlu diberi perhatian juga tentang hukum yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan baris atas ketika membaca secara sambung.

1-Iqlab:
Iqlab(
 الإقلاب ).
Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.

2:Idgham:
Idgham(
 الإدغام ).
Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah(
 يرملون ).

2-a/Bighunnah:
Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)(
 بغنة إدغام).
Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah(
 ينمو )iaitu Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat iaitu: (ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ).
Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
 

2-b/Bila Ghunnah:
Idgham Bila Ghunnah(إدغام بدون غنه
  )iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah kecuali pada Nun(مَنْ رَاقٍ)kerana di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia tidak diidghamkan.

3-Izhar:
Izhar(
 الإظهار ).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung.
 

3-a/Halqi:
Izhar Halqi(الحلقي
 الإظهار).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah(
 أ ), Ha'( هـ ), 'Ain( ع ), Ha'( ح ), Ghain( غ )dan Kha'( خ ).

3-b/Mutlak:
Izhar Mutlaq(المطلق
 الإظهار).
Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: (قِنْوَانٌ
 - صِنْوَانٌ - بُنْيَانٌ - الدُّنْيَا ).
Manakala(يس وَالْقُرْآنِ الْحَكِيمِ), (ن وَالْقَلَمِ وَمَا يَسْطُرُونَ)pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.

4-Ikhfa' Haqiqi:
Ikhfa'(
 الإخفاء ).
Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa' terdiri dari
 lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair:
صف ذا ثنا كم جاد شخص قد سما دم طيبا زد في تقى ضعظالما                                                 





No comments:

Post a Comment