Wednesday 26 February 2014

Lam Sukun



Lam Sukun


Huruf-huruf Lam Sukun di dalam al-Quran terbahagi kepada tiga bahagian: Lam Ta'rif( لام التعريف )atau Lam( ال ), Lam Fi'li( لام الفعل )dan Lam Harfi( لام الحرف ).

1-Lam Ta'rif:

Lam( ال )iaitu Lam yang dikenali dengan Lam Ta'rif yang dapat bersama-sama dengan kata nama (isim).
Ia juga sebagai tambahan untuk membentuk kalimah sama ada kalimah tersebut boleh ditulis tanpanya seperti(
 الْأَرض )ataupun tidak boleh ditulis tanpanya seperti(الّذين )menyebabkan penambahan Alif Lam( ال )ke dalam kalimah sedemikian adalah sangat perlu, dengan kata lain ia tidak boleh dipisahkan dari kalimah yang berada bersamanya. Hukum bacaan di dalam bahagian ini ialah wajib dibaca secara Idgham (dimasukkan) jika terdapat huruf Lam selepasnya seperti( الذي)dan wajib dibaca secara Izhar jika terdapat Huruf Ya' atau Hamzah selepasnya seperti kalimah: ( والْيسع) dan (الْأن ).

1-a/Qamariyah:

Lam Qamariah( اللام القمرية )terdiri dari empat belas huruf. Ia terkumpul di dalam bait syair: (أبغ حجك وحف عقيمه).
Hukum Lam Qamariah ialah Izhar (dinyatakan) dan sebab huruf Lam dibaca secara Izhar ketika bersama dengan huruf-huruf ini ialah kerana makhraj makhraj huruf Lam terletak berjauhan dengan makhraj empat belas huruf tersebut.

2-Lam Fi'li:

Lam Sukun yang terletak pada kata kerja (Fe'el) sama ada kata kerja tersebut yang telah lalu (madhi), sedang berlaku (mudharik) / akan datang atau kata kerja seru dan dalam semua keadaan sama ada ia terletak pada pertengahan ayat atau di akhir ayat.

2-a/Idgham:

Idgham: Lam Fi'li dibaca secara Idgham apabila terdapat selepasnya huruf Ra' atau Lam.

2-b/Izhar:

Izhar: Lam Fi'li dibaca secara Izhar apabila terdapat selepasnya salah satu huruf hijaiah kecuali huruf Ra' dan Lam.

3-Lam Harfi:

Lam Sukun yang berada di dalam sendi nama (harf) iaitu di dalam(هَلْ), (بَلْ)sahaja dan tidak terdapat di dalam kalimah yang lain di dalam al-Quran selain dari dua kalimah tersebut.

3-a/Idgham:

Idgham: Lam Harfi dibaca secara Idgham apabila terdapat huruf Ra' atau Lam selepasnya kecuali pada ayat( بل ران )di mana hukumnya adalah Izhar (nyata) kerana terdapat hukum yang mewajibkan diam (berhenti seketika tanpa bernafas) yang menghalang dari Idgham.

3-b/Izhar:

Izhar: Lam Harfi dibaca secara Izhar (nyata) apabila terdapat salah satu huruf hijaiah selepasnya kecuali huruf Ra' dan Lam.







No comments:

Post a Comment