| 
Nun Sukun (yang berbaris Sukun) النون الساكنة : Nun yang berbaris mati dan bacaannya terhenti mengikut
    huruf yang berada selepasnya. Nun Tanwin (yang berbaris dua) نون التنوين :
    Nun tambahan yang bertanda Sukun terdapat di akhir kata nama am yang
    bertanwin sahaja. Ia wujud dari segi bacaan tetapi ia tidak wujud dari segi
    tulisan dan ketika memberhentikan bacaan padanya. Tandanya ialah baris dua
    di hadapan( ٌ ),
    baris dua di atas( ً )atau
    baris dua di bawah( ٍ ).
 
 Nun Sukun( ْ )yang
    lahir dari tanwin juga dibaca dengan Sukun di dalam Hukum Tajwid.
    Perhatian: Apabila terdapat Hamzah Wasal selepas Nun Sukun dan Tanwin,
    kedua-duanya tidak boleh dibaca dengan hukum Izhar, Idgham, Iqlab dan
    Ikhfa' tetapi kedua-duanya mestilah dibaca dengan baris bawah untuk
    mengelakkan dari bertemu dua baris Sukun kecuali huruf Nun yang terdapat
    pada huruf Jar (sendi nama bahasa Arab) seperti di dalam kalimah( من ),
    ia dibaca dengan baris atas (untuk mengelak dari bertemu dua huruf Sukun)
    kerana sebutannya terlalu berat. Perlu diberi perhatian juga tentang hukum
    yang sama dengan hukum Nun Sukun atau Tanwin, ia juga mesti dibaca dengan
    baris atas ketika membaca secara sambung.
 
 1-Iqlab:
 Iqlab( الإقلاب ).
 Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah
    Ilmu Tajwid: Menukarkan bunyi Nun Sukun dan Tanwin kepada bunyi huruf Mim
    lalu diikhfa'kan (disembunyikan) ke dalam huruf Ba' yang berbaris serta
    dikekalkan sifat dengung. Dinamakan Iqlab ialah kerana Nun Sukun atau
    Tanwin bertukar menjadi Mim yang tersembunyi. Hurufnya ialah Ba'.
 
 2:Idgham:
 Idgham( الإدغام ).
 Dari sudut bahasa: Memasukkan sesuatu ke dalam sesuatu. Dari sudut istilah
    Ilmu Tajwid: Memasukkan huruf pertama yang bertanda Sukun ke dalam huruf
    berikutnya yang berbaris dan menjadikan huruf yang berikutnya bersabdu
    serta terangkat lidah ketika menyebutnya. Idgham ini terbahagi kepada dua
    bahagian:- Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung) dan Idgham Bila
    Ghunnah (memasukkan tanpa dengung).
 Idgham tidak akan terhasil kecuali dari dua kalimah. Bilangan huruf Idgham
    sebanyak enam huruf yang terhimpun di dalam kalimah( يرملون ).
 
 2-a/Bighunnah:
 Idgham Bighunnah (memasukkan serta dengung)( بغنة إدغام).
 Ia dari empat huruf yang terhimpun di dalam kalimah( ينمو )iaitu
    Ya', Nun, Mim dan Wau. Apabila salah satu dari hurufnya bertemu dengan Nun
    Sukun atau Nun Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah, ia mestilah
    dibaca secara Idgham Bighunnah atau Ma'al Ghunnah kecuali pada dua tempat
    iaitu: (ن وَالْقَلَمِ وَمَا
    يَسْطُرُونَ).
 Hukum membacanya pula ialah Izhar Mutlaq berlainan dengan kaedah asal
    kerana mengikut bacaan riwayat Hafs.
 
 2-b/Bila Ghunnah:
 Idgham Bila Ghunnah(إدغام بدون غنه  )iaitu memasukkan tanpa dengung.
    Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua
    huruf tersebut bertemu dengan Nun Sukun atau Tanwin dengan syarat di dalam
    dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah
    kecuali pada Nun(مَنْ رَاقٍ)kerana
    di dalam bacaan ini wajib diam seketika (tanpa menyambung nafas) dan ia
    tidak diidghamkan.
 
 3-Izhar:
 Izhar( الإظهار ).
 Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
    Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
    keluarnya) tanpa dengung.
 
 3-a/Halqi:
 Izhar Halqi(الحلقي الإظهار).
 Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
    Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
    keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Halqi kerana enam hurufnya keluar
    dari kerongkong. Huruf-huruf tersebut ialah: Hamzah( أ ),
    Ha'( هـ ),
    'Ain( ع ),
    Ha'( ح ),
    Ghain( غ )dan
    Kha'( خ ).
 
 3-b/Mutlak:
 Izhar Mutlaq(المطلق الإظهار).
 Dari sudut bahasa: Menyatakan, menerangkan sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu
    Tajwid: Mengeluarkan sebutan setiap huruf dari makhrajnya (tempat
    keluarnya) tanpa dengung. Ia dinamakan Mutlaq ialah kerana makhrajnya bukan
    dari tekak atau mulut. Izhar Mutlaq dibaca apabila huruf Ya' atau Wau
    terdapat selepas Nun Sukun di dalam satu kalimah. Ia terdapat pada empat
    tempat sahaja di dalam al-Quran iaitu: (قِنْوَانٌ - صِنْوَانٌ - بُنْيَانٌ - الدُّنْيَا ).
 Manakala(يس وَالْقُرْآنِ
    الْحَكِيمِ), (ن وَالْقَلَمِ
    وَمَا يَسْطُرُونَ)pula, hukum kedua-duanya adalah Izhar
    Mutlaq walaupun ia berada di dalam dua kalimah kerana mengikut bacaan riwayat
    Hafs.
 
 4-Ikhfa' Haqiqi:
 Ikhfa'( الإخفاء ).
 Dari sudut bahasa: Tersembunyi. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Membaca
    huruf yang sifatnya antara Izhar dan Idgham tanpa sabdu serta mengekalkan
    sifat dengung pada huruf yang pertama. Ia dinamakan Haqiqi ialah untuk
    menghasilkan Ikhfa' di dalam Nun Sukun dan Tanwin dengan lebih banyak
    selain dari kedua-duanya. Huruf Ikhfa' terdiri dari lima belas huruf yang terhimpun di dalam bait syair:
 | 
No comments:
Post a Comment